IPOH: Perkhidmatan permohonan dan penggantian kad pengenalan termasuk sijil kelahiran dan kematian kurang dari 30 minit antara tawaran menarik pempamer yang menyertai Karnival Kita MADANI bersempena dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang sedang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya.
Pembantu Pendaftaran Kanan Pasukan Nukleus Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Mohd Fauzi Kadri berkata inisiatif perkhidmatan bas bergerak daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu bermula pukul 3 petang hingga 10 malam hari ini manakala esok dari 10 pagi hingga 5 petang.
Beliau berkata kadar pembayaran bagi permohonan kad pengenalan ialah RM10 manakala RM5 bagi penggantian sijil kelahiran dan kematian.
"Terdapat pengunjung yang tinggal berjauhan dari JPN, jadi apabila adanya program sebegini, pelbagai urusan dokumentasi dapat diselesaikan pada satu hari tanpa mengganggu hari bekerja," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan gigi secara percuma di karnival berkenaan.
Pegawai Periodontik Nurul Qamar Salehuddin berkata tawaran berkenaan antara lain bagi memberi kesedaran dari segi penjagaan kesihatan gigi kepada pengunjung.
Menurutnya, antara perkhidmatan penjagaan gigi yang ditawarkan ialah pencucian gigi, scaling dan tampalan serta konsultasi secara percuma.
"Apabila pengunjung datang ke reruai ini, rupanya masih ramai yang tidak peka dengan penjagaan gigi yang betul.
"Lebih kurang 20 doktor dengan pelbagai kepakaran seperti penjagaan gusi, periodontik hadir ke sini untuk berkongsi ilmu kepada orang ramai," katanya.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bermula hari ini antaranya Jualan Rahmah, pameran reruai agensi kerajaan, pertandingan bintang patriotik, kuiz kenegaraan dan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.
Polis Diraja Malaysia pula akan membuka kaunter bayaran saman yang menawarkan pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus bermula 8.30 pagi hingga 3 petang pada Ahad.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di sini esok.
Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Pembantu Pendaftaran Kanan Pasukan Nukleus Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Fauzi Kadri (kanan) melakukan proses permohonan kad pengenalan baharu. - Foto BERNAMA
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu akan direman esok
Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi mendapatkan perintah reman.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Manfaatkan peluang dan tawaran di Karnival Kita MADANI - Fahmi
Orang ramai di Perak dan kawasan sekitarnya digesa memanfaatkan peluang dan tawaran disediakan pelbagai agensi terlibat di Karnival Kita MADANI.
Mohon, ganti kad pengenalan, sijil kelahiran di Karnival Kita MADANI
Kadar pembayaran bagi permohonan kad pengenalan ialah RM10 manakala RM5 bagi penggantian sijil kelahiran dan kematian.